RPH



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 2
Mata Pelajaran            : Dunia Sains dan Teknologi
Tema                           : Sains Hayat
Tajuk                          :  Haiwan
Kelas                          : 2
Bilangan pelajar          : 18 orang
Tarikh                         :  13 .10 . 2012
Masa                           : 11.20a.m – 11.50 a.m
Standard Kandungan             :  2.4 Memahami pergerakan haiwan
Standard Pembelajaran          :  2.4.1 Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan, merangkak,terbang, berenang, menjalar, mengengsot, merayap, berlari dan melompat.
  2.4.2 Menggambarkan cara haiwan bergerak seperti ikan berenang, burung terbang, lembu berjalan, kura-kura    merangkak, ular  menjalar, siput babi mengengsot, semut merayap, kuda berlari dan katak melompat melalui aktiviti simulasi.
  2.4.3 Menaakul kepentingan pergerakan kepada haiwan.
Hasil Pembelajaran     : Di sepanjang proses pembelajaran, pelajar dapat;
Kognitif
ü   Menyatakan cara haiwan bergerak.
ü    Mengenalpasti dan  menyatakan contoh haiwan yang melakukan pergerakan yang sama.
Psikomotor
ü   Melakukan cara pergerakan haiwan.
ü   Mengenali dan membezakan cara pergerakan haiwan yang lain.
ü   Menghargai dan menyayangi haiwan.

Fasa

Isi kandungan

Aktiviti pengajaran dan Pembelajaran

Catatan
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Set Induksi
(5 minit)
Guru mengarah murid bergerak ke hadapan kelas.
1. Guru meminta semua muris bangun dan bergerak ke belakang kelas.
2. Murid diminta berdiri menghadap papan hitam buat seketika sebelum diarahkan kembali ke kerusinya.
3. Guru meminta murid-murid menyatakan cara mereka  bergerak ke hadapan kelas.
contoh :
 Guru : Bagaimanakah kamu  bergerak ke hadapan?
Murid : berjalan, cikgu.

4. Guru menyoal murid-murid mengenai contoh haiwan yang bergerak seperti murid-murid tadi iaitu berjalan.
5. Guru seterusnya menjelaskan bahawa berjalan merupakan satu cara haiwan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

6. Guru menyoal murid selain dari berjalan, apakah cara lain murid
     boleh datang ke hadapan kelas.
contoh :
Guru : Selain berjalan, boleh kamu berikan cara lain untuk kamu datang ke hadapan?
Murid : Kita boleh berlari, cikgu.

Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran :
Cara  Haiwan Bergerak
Murid memerhatikan pergerakkan sendiri sambil memberi maklumbalas tentang pertanyaan guru.

Murid melibatkan diri secara aktif.






- Murid memberi respon

Teknik:
penyoalan

Nilai : bekerjasama,
mendengar arahan











Pencetusan Idea
( 6 minit)
Guru membawa murid untuk membuat pemerhatian pergerakan haiwan di persekitaran kawasan sekolah





1.   Guru membawa murid keluar dari bilik darjah untuk membuat pemerhatian dan mengenalpasti pergerakan haiwan di persekitaran kawasan sekolah.
2.   Murid menceritakan cara haiwan-haiwan bergerak
-Murid A: Kucing –berlari, berjalan
-Murid B: rama-rama--terbang
-Murid C:Burung terbang



Teknik: Mengingat kembali,latih-tubi.

Strategi :
Model pembelajaran masteri

Nilai: sayang kepada haiwan
Penstrukturan semula idea
(6 minit)
Carta
- cara pergerakan haiwan




Lembaran kerja 1:
(Memadankan haiwan dengan pergerakan yang betul )
1. Guru menerangkan terdapat 9 cara pergerakan haiwan.
2. Guru melekatkan carta (cara pergerakan haiwan) di papan hitam.

1.   Guru meminta murid menyebut cara pergerakan haiwan.
2.   Guru bersoal-jawab dengan murid :
·        Adakah haiwan boleh bergerak dengan cara lain atau tidak ?

Jawapan :
katak : melompat & berenang
buaya: merangkak & berenang
Teknik: Mengingat kembali,latih-tubi.

Strategi :
Model pembelajaran masteri

Nilai: Sabar

BBM: 
-Carta
-gambar haiwan
Aplikasi Idea

(8 minit)













Aktiviti kumpulan

Kumpulan 1
 Kumpulan anda dikehendaki melakonkan bagaimana cara katak melompat.

Kumpulan 2
 Kumpulan anda dikehendaki melakonkan bagaimana burung terbang

Kumpulan 3
 Kumpulan anda dikehendaki melakonkan bagaimana  cara kucing  berjalan.

-Lembaran kerja diedarkan.


Lembaran kerja 2 :
( Menamakan dua jenis haiwan yang melakukan cara pergerakan yang sama)
1.  Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan.(Setiap kumpulan seramai 8 orang)
2. Setiap kumpulan  akan melakukan pergerakan yang disebutkan oleh guru.
3. Guru memanggil setiap kumpulan ke hadapan secara bergilir-gilir untuk melakukan simulasi pergerakan haiwan.
4. Guru meminta  kumpulan murid “meneka haiwan” berdasarkan pergerakan yang dilakonkan oleh kumpulan lain.

5. Guru membimbing murid membuat kesimpulan bahawa haiwan bergerak dengan pelbagai cara.

6. Guru mengedarkan  lembaran kerja untuk aktiviti pengukuhan .

7.  Guru berbincang dengan murid mengenai lembaran kerja yang di edarkan.

8.Guru menekankan bahawa pergerakkan haiwan adalah penting untuk kehidupan harian seperti mencari makanan dan mengelakkan daripada serangan musuh.





Ø Murid  memahami arahan dan berbincang dalam kumpulan tentang tugasan yang diberikan.
Ø Murid melakukan simulasi pergerakan haiwan secara berkumpulan.





Strategi :
Perbincangan kumpulan

Teknik:Kaedah inkuiri deduktif.
.


Nilai: Sabar,mendengar arahan, bekerjasama.

BBM:
- Kad arahan
- Lembaran kerja.
















Refleksi
(5minit)
-Guru merumuskan tajuk pelajaran hari ini.

Menyanyi :
“Lompat katak lompat”

1.   Taksir kefahaman murid
Soalan : Apa yang kamu telah belajar hari ini ?
- cara  haiwan bergerak
 Guru memainkan lagu kepada murid-    murid.

-Nyanyian lagu
-Murid menyanyi lagu bersama-sama.


Strategi :
penyoalan keseluruhan kelas.

Teknik: Nyanyian

Nilai : bekerjasama,

BBM:
-lirik lagu

-CD lagu
radio


No comments:

Post a Comment