Thursday, November 15, 2012

Bahan bantu mengajar (BBM)

Animasi cara haiwan bergerak



Beruang ---Berjalan


 Rusa --- Berlari


Ular --- Menyusur


 keldai --- Berjalan

  Ikan --- Berenang

Wednesday, November 14, 2012

Cerita Dogeng

Kerbau dan Kambing


Seekor kerbau jantan ingin terlepas dari serangan seekor singa dengan cara memasuki sebuah gua dimana gua tersebut sering digunakan oleh kumpulan kambing sebagai tempat berteduh dan menginap saat malam tiba ataupun saat cuaca sedang memburuk. Saat itu hanya satu kambing jantan yang ada di dalam gua tersebut. Saat kerbau masuk kedalam gua, kambing jantan itu menundukkan kepalanya, berlari untuk menyerang kerbau tersebut dengan tanduknya agar kerbau jantan itu keluar dari gua dan dimangsa oleh sang Singa. Kerbau itu hanya tinggal diam melihat tingkah laku sang Kambing, sedangkan diluar sana, sang Singa berkeliaran di muka gua mencari mangsanya.
Lalu sang kerbau berkata kepada sang kambing, "Jangan berfikir bahawa saya akan menyerah dan diam saja melihat tingkah laku kamu yang pengecut kerana saya merasa takut kepadamu. Saat singa itu pergi, saya akan memberi kamu pengajaran yang tidak akan pernah kamu lupakan."
Moral pengajaran ~"Sangatlah jahat, mengambil keuntungan dari kemalangan orang lain."



Melalui cerita diatas, murid dapat memahami dan menyatakan cara serta kepentingan pergerakkan haiwan.

Binatang yang paling cepat dan lambat di dunia

Binatang paling cepat di dunia

Berikut ini adalah binatang dengan rekod pergerakan dari satu tempat ke tempat lainnya paling cepat di dunia.

CHEETAH





Cheetah adalah binatang terpantas yang hidup di daratan, boleh mencapai kelajuan 112 km/jam sampai 120 km/jam hanya pada lintasan sepanjang 460m (500yard), kemampuannya juga tidak boleh ditandingi binatang apapun, cheetah boleh mencapai kelajuan dari 0 km/jam sehingga 110 km/jam hanya dalam waktu 3 saat!!

SINGA
 

Raja dari segala pemburu, Singa, tidak perlu mempunyai kepantasan untuk menjadikan dirinya sebagai yang terbaik di antara yang terbaik, dalam berburu untuk meneruskan hidupnya, kebanyakannya dilakukan oleh singa betina, namun singa jantan yang boleh berlari mencapai kelajuan 80km/jam

KUDA
 

Jenis kuda tercepat adalah Quarter Horse, mendapatkan namanya “quarter’ kerana dalam pacuan kuda boleh memimpin pacuan hampir seperempat panjang trek (misal lintasan 100 m, kuda ini boleh menamatkan 25 meter di depan peringkat ke dua) dari kuda jenis biasa lainnya, kuda ini boleh mencapai kelajuan maksima 76 km perjam.



Binatang paling lambat di dunia
Bila ada binatang tercepat didunia tentu ada juga binatang terlambat di dunia. Berikut ini adalah binatang dengan rekod pergerakan dari satu tempat ke tempat lainnya paling lambat di dunia.

Koala

 


Koala adalah mamalia marsupial yang bergerak perlahan-lahan dan binatang malam. Tangan dan kaki yang khusus disesuaikan untuk memanjat pokok. Koala tidur di pokok-poko kayu putih di siang hari. Koala adalah salah satu spesies yang dilindungi, tetapi terancam akibat hilangnya habitat.

Giant Tortoise





Kura-kura raksasa merupakan ciri khas dari pulau tropika tertentu.Salah satu binatang di dunia yang paling lama hidup dengan rata-rata usia 100 tahun atau lebih.
Slug



siput menjadi binatang paling lambat di dunia. Siput hanya mempunyai kelajuan maksimum 0,03 mph. Badan lembut berlendir siput kalah terhadap cuaca kering, sehingga siput hidup terbatas pada persekitaran lembab dan perlu bergerak ke tempat persembunyian ketika cuaca basah ke kering.